Gerakan Pengundi Sedar (GPS)

Garis Penunjuk Siyasah Anda – Guiding the People’s Siyasah

Visi Menjadi platform rujukan rakyat untuk memilih pemimpin dalam pilihanraya
MisiMenyediakan sokongan atau kritikan terhadap ahli politik tanpa mengira parti dalam pelbagai bentuk; kajian, kempen, laporan, dokumentari dan sebagainya, supaya mereka bertindak selari dengan perlembagaan persekutuan yang berteraskan Melayu, Islam dan Raja
Nilai– Bukan Partisan & Inklusif
– Berfakta & Dipercayai
– Menarik & Mudah

Gerakan Pengundi Sedar (GPS) adalah satu gerakan yang mula ditubuhkan pada Oktober 2017 atas kesedaran bahawa rakyat memerlukan penunjuk arah untuk menghadapi Pilihanraya ke-14. Namun, gerakan kami tidak terhenti setakat itu sahaja. Malah, kami sedar peranan kami menjadi semakin besar dengan keadaan situasi politik yang menyebabkan rakyat semakin pening dan celaru.

Ada parti yang banyak mengamalkan rasuah, ada parti yang memperjuangkan keadilan untuk kepentingan individu atau keluarga tertentu, ada parti yang berjuang untuk menghapuskan status bumiputra dan institusi agama Islam. Kebanyakan individu di dalam parti-parti ini tidak berjuang untuk rakyat dan tidak bertindak untuk memelihara perlembagaan negara.

Sebelum mereka dipilih, pelbagai janji dan kenyataan untuk memenangi hati rakyat dikeluarkan. Tetapi setelah dipilih dalam pilihanraya, mereka lupa diri dan janji mereka dahulu, mereka merasakan diri mereka kebal. Datangnya pilihanraya yang akan datang, mereka akan kembali menabur janji. Kitaran permainan politik yang diamalkan sejak kemerdekaan lagi, berputar sehingga kini.

Kewujudan kami kini adalah semakin relevan untuk membantu rakyat memilih pemimpin yang mahu membina negara berdasarkan perlembagaan, seperti yang sepatutnya, dipersetujui semua.

GPS akan cuba dan terus memandu pengundi, baik muda ataupun tua agar kita semua membuat pilihan yang termaklum.