Jerat DAP untuk orang Melayu

PRU15 menyaksikan parti DAP sangat agresif menghantar calon Melayu, lebih-lebih lagi sejak PPBM tidak berada dalam PH. Malah, DAP turut membuka cawangan seperti di Parlimen Parit, Perak dengan 200 anggota terawalnya ialah Melayu.

Antara calon Melayu yang dicalonkan DAP ialah:

1. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji: Lipis

2. Young Syefura Othman: Bentong

3. Ahmad Tarmizi Mohd Jam: Gerik

4. Badrul Hisham Badarudin: DUN Changkat Jong, Teluk Intan

ORANG MELAYU BERTAMBAH, ORANG CINA BERKURANG
Berkemungkinan Faktor DAP Hantar Lebih Ramai Calon Melayu PRU15

Antara faktor utama yang dirasakan sebab DAP agresif menghantar calon lebih ramai adalah kerana hakikat sebenar dalam masa 20 tahun akan datang, jumlah orang Melayu di Malaysia bertambah ramai daripada orang Cina. Kadar kelahiran orang Melayu lebih tinggi daripada orang Cina. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan Wee Ka Siong (ketika memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) pada tahun 2017, peratusan masyarakat China dalam populasi tempatan menyusut lagi kepada 23.2 peratus bagi tahun ini, kurang 0.2 peratus daripada 6.65 juta tahun lepas dan disebabkan faktor kos sara hidup tinggi serta fokus untuk beri pendidikan dan perhatian sempurna menyebabkan mereka cukup sekadar jumlah keluarga sederhana sahaja.

Sebagai perbandingan, statistik kaum Melayu dan Cina ialah 56 peratus dan 34 peratus pada tahun 1970, namun pada tahun ini, berlaku perubahan iaitu 70 peratus penduduk Melayu dan 23 peratus Cina. Parlimen Seremban yang dahulunya 47 peratus Melayu, kini mencapai 52 peratus. DUN Mentakab di Temerloh pula yang sebelum ini 44 peratus Melayu pada PRU14, kini sudah menjadi 50 peratus Melayu. Oleh sebab itulah, DAP ingin perkukuh kedudukan untuk menambah sokongan Melayu kepada DAP yang selama ini agak pesimis terhadap mereka.

Jika DAP ingin perkukuhkan lagi sokongan Melayu, seharusnya DAP mempunyai lebih ramai pimpinan Melayu atau Cina liberal dalam kepimpinan utama DAP. Hal ini kerana, secara tersurat, pimpinan Cina liberal seperti Tony Pua, Liew Chin Tong dan lain-lain tidak mengeluarkan kata-kata keterlaluan pada pelaksanaan undang-undang Islam di negara kita.

Berdasarkan pemerhatian rawak daripada keputusan PRU14, ada kerusi parlimen (contoh sahaja) yang menyaksikan pengundi Cina bawah 55 peratus akan menjadi minoriti di bawah 50 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang, iaitu:

1. Bayan Baru: 40% Melayu, 49% Cina

2. Sg. Siput: 35% Melayu, 36% Cina, 21% India

3. Gopeng: 43% Melayu, 46% Cina

4. Teluk Intan: 41% Melayu, 42% Cina

5. Pandan: 45% Melayu, 45% Cina

6. Labis: 38% Melayu, 45% Cina

7. Kluang: 42% Melayu, 48% Cina

Semoga analisis jangkaan faktor langkah panjang DAP ini boleh difahami oleh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu. Ingat, perlembagaan DAP kekal menyatakan Malaysia negara sekular, justeru jangan mudah terpengaruh dengan kebaikan parti DAP dan ke”Melayu”an mereka ini.

Total
0
Shares
1 comment
  1. MCA dan Gerakan dah lama jerat Melayu TAPI BN PN LUPA……Siapa tambah cabutan judi dari 8 kali setahun ke 22 kali setahun? Banyak lagi…..Inilah BUKTI “sumbang mahram” BN PN bersama MCA dan Gerakan.

Leave a Reply
Previous Post

GPS Gesa Ahli Politik Henti Guna Terma Tak Beradab

Next Post

Titik polemik kerajaan perpaduan atau campuran

Related Posts