Semua ahli Parlimen diingatkan jangan sokong UEC !

Semua ahli parlimen diingatkan untuk bersatu mendesak kerajaan supaya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana ia bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996 dan mengancam usaha ke arah perpaduan nasional.

UEC adalah sijil yang dikeluarkan oleh Gabungan Kesatuan Pengelola Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Kesatuan Guru Sekolah Cina dan Kesatuan Alumni Cina bagi peperiksaan sekolah menengah.

Pengarah Operasi Gerakan Pengundi Sedar, En. Assiddiq Fauzan berkata, UEC bukan sahaja membolehkan pihak tertentu bebas mempunyai kuasa untuk menentukan kurikulum sendiri menggunakan perantaraan bahasa Cina, malah boleh mengadakan peperiksaan sendiri tanpa kebenaran pengarah peperiksaan. Ia sama sekali amat bercanggah dengan ruh pendidikan kebangsaan.

Tambahan lagi, tuntutan untuk mengiktiraf UEC ini perlu dilihat daripada kaca mata kepentingan perpaduan kaum serta kesan jangka masa panjang terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tuntutan ini ibarat api dalam sekam kerana sekiranya ia ditunaikan, secara perlahan akan merosakkan perpaduan kaum yang telah dipelihara sejak sebelum merdeka lagi.

Silibus yang terkandung dalam UEC mengunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar. Malahan kandungan subjek Sejarah dalam silibus juga bukanlah mengikut silibus yang bertepatan dengan hasrat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bagaimana jati diri dan kesetiaan terhadap Negara dalam diri anak-anak ini akan dibentuk? Jika mereka tidak mengenali bahasa Kebangsaan dan menyelami sejarah negara ini pastinya para pelajarnya akan hilang kesetiaan pada negara. Walaupun dikatakan terdapat subjek bahasa Melayu, kewajipan untuk lulus subjek ini tidak ditekankan berbanding kewajipan lulus Bahasa Mandarin.

GPS ingin menegaskan, UEC ini amat berbahaya dan tidak menguntungkan langsung negara untuk masa yang panjang. Sebarang usaha kearah pengiktirafan adalah usaha kepada perpecahan kaum yang lebih dahsyat.

 

 

Total
985
Shares
Previous Post

Rais Yatim : Kena ajar pelajar sekolah vernakular sebut Bahasa Melayu dengan fasih

Next Post

Penderhakaan kepada rakyat jika UEC diiktiraf

Related Posts