Beri calon Melayu bertanding di kawasan Melayu pada PRU14 !

Bahang Pilihan raya umum ke 14 semakin di rasai oleh setiap rakyat Malaysia. Ramai penganalisa telah menjangkakan PRU14 akan berlangsung pada tahun hadapan. Kesemua parti-parti politik telah mula mengerahkan seluruh jentera masing-masing untuk bersiap sedia menghadapi PRU14 yang pada bila-bila masa sahaja yang akan di umumkan oleh Perdana Menteri kita.

Setiap kali pilihan raya umum, blok orang Melayu akan sentiasa menjadi sasaran utama kerana ia adalah penentu kepada siapa yang akan menawan kerajaan pusat di Putrajaya. PRU 14 kali ini akan menyaksikan sekali lagi pertembungan antara dua blok besar pakatan politik iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Nasib menang atau kalah kedua-dua blok ini akan ditentukan oleh pengundi Melayu. Kekalahan mana-mana blok politik pada pasca PRU13 adalah disebabkan mereka tidak mendapat undi majoriti daripada Melayu. Memetik pendapat seorang penganalisis politik tanah air, Dr Mohd Noor Yazid :

“Walaupun pembangkang dapat sokongan besar pengundi bukan Melayu (khususnya pengundi Cina), kerana sokongan kurang besar dan menyeluruh pengundi Melayu, mereka gagal menguasai Kerajaan Pusat.”

Ini dapat di buktikan lagi dengan kenyataan Lim Kit Siang pada 15 Ogos 2017,

“PH ‘menang besar’ kalau tambah 10% undi Melayu”

Pendapat Dr Yazid ini di sokong penuh oleh Pengarah operasi GPS, En. Assidiq Fauzan yang menyatakan bahawa inilah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO, bahkan juga PAS pada PRU13. Bukan memberi laluan kepada orang bukan Melayu untuk bertanding di kawasan Melayu.

Mengulangi pekara itu, sepatutnya itulah pekara yang perlu dilakukan oleh UMNO dan PAS dengan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti Melayu. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, membiarkan rakan politik lain menghantar calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu pada beberapa kawasan.

Persoalannya, kenapa perlu mengalah kepada asakan bukan Melayu ?

Apakah bila mereka memenangi kerusi tersebut mereka akan menjadi hero untuk menjaga kepentingan dan hak orang Melayu dan Islam ?

Itulah dua persoalan asas yang perlu di jawab dengan jujur terutamanya parti UMNO dan PAS. Jangan biarkan lagi hak orang Melayu Islam terus di gadaikan. PRU14 kali ini adalah titik tolak untuk semua orang menyedari akan kuasa pengundi Melayu. Mereka yang culas dan mengkhianati hak Melayu dan Islam perlu di singkirkan dari radar politik tanah air ini.

Mereka tetap akan menangih undi orang Melayu walau apa pun caranya

Bangkit dan Sedar !

Jangan terus tertipu dengan wayang mereka. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Total
0
Shares
Previous Post

Sekolah aliran Inggeris perlu diwujudkan semula – Abdul Rahman

Next Post

Tahukah anda Islam adalah salah satu tiang seri perlembagaan Malaysia ?

Related Posts