Ahli Parlimen Temerloh menegur tindakan melarang pekerja wanita bertudung

Menurut Nasrudin Hassan, tindakan sesetengah hotel yang melarang pekerja wanita bertudung bekerja di kaunter depan (frontdesk) tidak seharusnya berlaku di negara ini yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan.

Beliau menganggap larangan terhadap wanita muslimah memakai tudung sekalipun hanya waktu mereka bertugas adalah suatu tindakan yang boleh dilihat mencabar sensitiviti umat Islam.

Ahli Parlimen Temerloh itu menegaskan beliau tidak pernah melihat larangan serupa ketika berada di luar negara.

Umat Islam sendiri tidak bebas untuk mengamalkan ajaran Islam di dalam negara sendiri semata-mata alasan polisi antarabangsa sedang hotel-hotel tersebut beroperasi dalam negara ini.

Memakai tudung diketahui kewajipannya oleh umum. Larangan sekalipun hanya waktu mereka bertugas adalah tindakan yang boleh dilihat mencabar sensitiviti umat Islam.

Tambah beliau lagi dengan membandingkan isu larangan tersebut dengan isu sebuah kedai dobi “hanya untuk muslim sahaja” yang mendapat perhatian banyak pihak.

Isu kedai dobi di Muar itu telah menjadikan negara gegak gempita dengan semua pihak mahu memberi reaksi.

Malangnya tiada pembelaan wajar dari orang ramai terhadap wanita muslimah yang ingin mengamalkan tuntutan agama, tiada juga kecaman kepada mana-mana hotel yang menafikannya.

Ia bukan sahaja memperlihatkan ‘double standard’, tetapi jelas mereka masih tersangkar dalam pengaruh Islamofobia meskipun mereka menafikannya.

Muhasabah Pengundi PRU14

Sikap konsisten mempertahankan hak umat Islam sebeginilah yang menjadi ciri utama untuk pengundi PRU14 menghantar ke parlimen sekali lagi. Ahli Parlimen tidak seharusnya selektif dalam memilih isu, jangan hanya gegak gempita pada isu kedai dobi “hanya untuk muslim sahaja”, semua isu hak umat Islam patut gegak gempita untuk di pertahankan.

Apa pula cadangan anda untuk kita berhadapan dengan isu dikriminasi hak umat Islam yang kian menjadi-jadi ?

 


Sumber :

[1] Larangan pekerja bertudung di kaunter depan hotel tidak wajar berlaku di Malaysia - Pas, Astro Awani
Total
0
Shares
Previous Post

Tahniah 3 Ahli Parlimen ini kerana mempertahankan hak umat Islam dalam isu bertudung

Next Post

Sekolah aliran Inggeris perlu diwujudkan semula – Abdul Rahman

Related Posts