Tahniah 3 Ahli Parlimen ini kerana mempertahankan hak umat Islam dalam isu bertudung

Tindakan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontdesk) merupakan satu diskriminasi kepada hak umat Islam di negara majoriti yang beragama Islam ini.

MAH tanpa rasa bersalah terhadap umat Islam terus menafikan larangan yang dikenakan itu adalah satu bentuk diskriminasi sebaliknya berpendapat ia merupakan sebahagian daripada polisi antarabangsa.

Presiden MAH, Cheah Swee Hee menjelaskan setiap hotel terutamanya hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai standard operasi (SOP) dan polisi syarikat yang ditetapkan.

Isu diskriminasi hak umat Islam ini bukan kali pertama, hal ini dapat di perkuatkan lagi dengan pendedahan oleh Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) yang mendedahkan terdapat aduan daripada kakitangan hotel mengadu  mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam yang diarahkan menanggalkan tudung mereka.

Polemik ini terus mendapat perhatian daripada beberapa ahli Parlimen Muslim yang terus membantah dan mengambil tindakan tegas.

Yb Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Pantai Dalam, Yb Nurul Izzah mendesak kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan agar menarik balik lesen hotel yang melaksanakan polisi melarang wanita bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (fontdesk).

Menurut beliau, kerajaan perlu bertegas dalam perkara ini bagi memastikan tiada lagi syarikat yang mengenakan  polisi bersifat diskriminasi terhadap amalan agama. Kementerian pelacongan harus mempertimbangkan untuk menarik kembali lesen mereka untuk beroperasi.

Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz

Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz menyatakan tindakan syarikat rangkaian hotel antarabangsa itu dianggap tidak menghormati Malaysia sebagai negara yang majoritinya beragama Islam sekali gus melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Tambah beliau lagi, “Sepatutnya dia (hotel antarabangsa) yang datang ke negara kita kena hormat (budaya) negara ini”.

Beliau turut menyifatkan tindakan itu adalah bertentangan dengan dasar hak asasi manusia yang selalu dilaungkan mereka.

Pada masa yang sama beliau menegaskan sekiranya pihak sengaja mewujudkan larangan itu merupakan warganegara Malaysia, ia adalah kurang ajar.

Tan Sri Noh Omar

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar yang juga merangkap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menarik balik lesen mana-mana hotel yang melarang wanita Islam memakai tudung bekerja di bahagian khidmat pelanggan.

Beliau menegaskan, tindakan itu perlu kerana dasar yang digunakan jelas tidak bertanggungjawab.

Muhasabah pengundi PRU 14

Tahniah di atas ketegasan Ahli Parlimen Muslim dalam isu hak umat Islam dan kedaulatan perlembagaan. Semua ahli Parlimen yang beragama Islam mesti tegas dan konsisten dalam memperjuangkan hak umat Islam, jangan kerana nak menangih undi orang Islam baru mahu bertindak.

Kita perlu sedar, terlalu banyak isu-isu berkait dengan hak ummat Islam yang telah di nodai di negara ini tanpa berselindung, namun hanya sebilangan kecil sahaja Ahli Parlimen yang mampu tegas bersuara bangun untuk mempertahankan hak ummat Islam. Selebihnya hanya mampu berdiam diri demi menjaga hati parti kawan daripada menjaga hati umat Islam.

Semua Ahli Parlimen mesti diingatkan jangan kerana ingin menjaga hati hak pengundi lain, hak umat Islam terus dinodai. Jangan jadi juara isu tudung sahaja, banyak lagi isu hak umat Islam yang perlukan pembelaan daripada semua ahli Parlimen kita.

Ayuh Sedar dan Bangkit !

 

 

 

Total
0
Shares
Previous Post

Nazri: Kurang ajar larang pekerja hotel bertudung

Next Post

Ahli Parlimen Temerloh menegur tindakan melarang pekerja wanita bertudung

Related Posts