Sikap Khalid Samad yang sentiasa merugikan umat Islam (Siri 1)

Latar Belakang

Khalid bin Abdul Samad merupakan ahli politik yang cukup aktif. Beliau merupakan adik kepada Shahir Abdul Samad yang merupakan ahli Parlimen BN.

Hari ini beliau bergerak aktif di dalam Parti Amanah dan ditugaskan sebagai Pengarah Komunikasi Parti AMANAH Nasional.

Di dalam karier politik, beliau pernah bertanding di beberapa kawasan parlimen antaranya P028 Kuala Krai, P002 Arau, P134 Sri Gading, dan P108 Shah Alam. Pada PRU 13, beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Shah Alam di atas tiket PAS sebanyak 49,009 undi manakala lawan beliau dari BN, Zulkifli Nordin mendapat 38,070 undi.

Setelah berlaku beberapa siri krisis pertembungan dalaman parti, beliau kemudiannya nekad mengambil keputusan untuk mengkhianati kerusi yang telah diberikan oleh rakyat Shah Alam kepada beliau di atas tikes PAS dengan melompat parti kepada Parti Amanah. Siri pengkhianatan ini juga di turuti oleh beberapa rakan karib beliau yang lain.

Tindakan beliau ini sangat ironi dengan kenyataan beliau suatu masa dahulu yang menemplak sesiapa yang melompat parti dengan membawa lari sekali kerusi yang di menangi itu adalah satu pengkhianatan. Ia bagaikan meludah ke langit.

Apabila mengimbau kembali sejarah keterlibatan politik sosok tubuh bernama Khalid Samad, beliau sering kali menimbulkan banyak polemik dan kontroversi antaranya menyanggah fatwa pengharaman kumpulan sesat Sister in Islam, mempertahankan pesta arak, menyokong penggunaan kalimah Allah dan menolak pindaan RUU355.

Beliau membantah fatwa pengharaman kumpulan ‘Sisters in Islam’ (SIS) dan gelaran ‘Sesat’ pada mereka. 

Pada tahun 2014, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan mempertahankan kumpulan sesat di Malaysia iaitu Sister in Islam. Beliau turut mengakui SIS tidak membawa fahaman pluralisme dan liberalisme seperti yang di tuduh orang ramai. Beliau dan rakan karib beliau, Dr Mujahid pernah bersua muka dengan pimpinan SIS untuk satu mesyuarat bersama.

Rentetan daripada fatwa pengharamakan SIS, Khalid secara agresif terus menyerang autoriti agama yang mengharamkan SIS.

Pesta Arak tidak boleh di halang.

Beliau konsisten daripada 2014 dalam mempertahankan pesta arak kepada golongan non-muslim. Alasan beliau adalah Malaysia sebagai sebuah negara majmuk, hak kaum lain perlu untuk di hormati. Tedapat lebih kurang 60% penduduk di Petaling Jaya adalah merupakan non- Muslim, jadi amat tidak wajar dihalang pesta arak tersebut.

Kenyataan-kenyataan dangkal beliau ini telah menyebabkan pesta arak akan menjadi normalisasi kepada rakyat Malaysia. Budaya luar di bawa masuk ke dalam negara kita yang bercanggah dengan adat dan budaya asal.

Membenarkan pengunaan Kalimah Allah kepada penganut Kristian

Khalid Abdul Samad pada 2014 mempertahankan pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian termasuk dalam penerbitan akhbar Herald-The Catholic Weekly.

Menurutnya, Rasulullah tidak pernah menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah itu kerana menyatakan Allah merupakan tuhan sekalian alam termasuk tuhan kepada mereka yang bukan Islam.

Tidak cukup setakat itu, Khalid Abdul Samad terus menuduh badan agama menjadi alat pihak tertentu dalam isu kalimah Allah sehingga mewujudkan ketegangan antara orang Islam dan Kristian.

Kami tinggalkan peristiwa-peristiwa sejarah ini kepada anda untuk menilai semula prestasi Khalid Samad dalam mempertahankan isu-isu kepentingan agama Islam dan kesejahteraan umat Islam di dalam Parlimen.

Masa depan Agama, Bangsa dan Negara di tanggan anda.

Ayuh bangkit dan sedar !

 

 

Total
0
Shares
Previous Post

Agenda GPS perkukuhkan kerusi pemimpin Melayu dan Islam di Parlimen

Next Post

Nazri: Kurang ajar larang pekerja hotel bertudung

Related Posts